PROFIL




SEJARAH RINGKAS SEKOLAH


SMK DATO' UNDANG SYED ALI AL-JUFRI siap dibina pada tahun 1983 dan mula beroperasi pada 13 Januari 1984. Pada awalnya, SMKDUSAJ mempunyai dua buah bangunan 3 tingkat dan sebuah bangunan setingkat.

Bermula tahun 2002, beberapa bangunan lagi dibina iaitu sebuah makmal komputer dan dua blok asrama,surau dan dewan makan.

Pada awal penubuhannya, sekolah ini dikenali dengan nama Sekolah Rendah Kebangsaan Simpang Gelami. ( SRKSG ) dan hanya menawarkan tempat belajar untuk kelas Peralihan hingga Tingkatan 3 sahaja.

Bermula tahun 1995, SMRKSG mula menerima kemasukan pelajar Tingkatan 4 dan Tingkatan 5 dan nama sekolah telah ditukar kepada Sekolah Menengah Simpang Gelami (SMSG).

Seterusnya pada pada tahun 2002, nama sekolah ini ditukarkan pula kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Simpang Gelami (SMKSG)

Seterusnya pada tahun 2012 dibawah kepimpinan Tn Hj Rosdin B Kasim, sekali lagi SMKSG telah mendapat kelulusan dari pihak Kementerian Pelajaran untuk menukar nama sekolah iaitu SMK DATO' UNDANG SYED ALI AL-JUFRI. Nama sekolah ini  telah dipersetujui oleh PIBG sekolah dan ianya diambil sempena memperingati undang setempat.

Tn. Hj. Abdullah Bin Saffar adalah pengetua pertama sekolah ini. Sehingga kini, SMKSG dipimpin oleh seramai 9 orang pengetua. Pengetua SMK DUSAJ pada masa sekarang ialah Puan Hajjah Azizah Bt Musa.