Tuesday

7 Tips Motivasi Pagi Untuk Lebih Bersemangat



1. Bersyukur, bersyukur, bersyukur.
Bersyukurlah sebab anda masih diberi peluang untuk meneruskan hidup, anda juga masih ada kesempatan untuk melakukan yang terbaik hari ini, lebih baik dari yang kelmarin.

2. Tekad Bermotivasi.
Pasang niat dalam hati yang anda mahu jadi bersemangat sepenuhnya. Ambil beberapa artikel-artikel motivasi pendek dan baca dalam seminit dua.

Di waktu awal pagi, jangan buka email, baca newspaper, baca gosip-gosip mahupun join sesi mengumpat bersama kawan-kawan. Sebab, ia menerbitkan energi negatif lalu menghalang anda dari bermotivasi sepanjang hari.

3. Dekatkan Diri Dengan Sesi Motivasi.
Ikuti sesi-sesi motivasi di media, misalnya Motivasi Pagi di TV3 dan sesi motivasi Dr Izzy di Hot FM. Luangkan masa 3-5 minit memberi motivasi pada diri sendiri melalui sesi-sesi motivasi pendek ni.

Motivasi harus dijaga, sebab kalau tak di jaga ia mudah turun. Kesannya, anda menjadi tidak bersemangat, lemah longlai dan lemas.

4. Dalam Apa Jua Yang Anda Buat, Mulakan Dengan Bismillah.
Bila anda mula punch card nak masuk kerja, baca bismillah, moga anda dijauhkan dari bisikan syaitan yang membuat anda lalai, mengantuk, macam tak cukup ‘cas betri’ saja.

Andai kata anda seorang pelajar, bermula dari nak masuk kelas, duduk di kerusi anda dan mula nak bukak buku, mulakan semuanya dengan bismillah. Moga apa jua yang anda lakukan mendapat keberkatan.

Masuk saje ke dalam kelas, pasang niat anda mahu menuntut ilmu. Bila istiqamah melakukannya, anda punya peluang cerah untuk menjadi cemerlang!

5. Set Target Kemajuan Diri Sendiri
Ini juga kurang dititikberatkan. Bila dah keluar rumah sama ada ke kelas atau ke tempat kerja, kita tak tahu apa yang kita nak capai hari tu. Betul tak?

Kita hanya nak sampai di sana, bekerja (atau menghadiri kelas) lepas tu nanti petang balik rumah, berehat, makan, minum, pastu tidur. Esok pagi, bangun dan perkara sama berulang lagi.

Hidup Anda bagai dalam 1 bulatan, situ-situ saja.

Mulai hari ini, ubah sikap anda. Set target apa yang anda mahu capai, lagi best setkan untuk setiap hari.

Andai anda seorang pelajar, set target berapa bab yang anda nak ulangkaji, berapa buah buku yang anda nak baca dalam minggu ni, berapa soalan anda nak bertanya pada lecturer atau guru anda nanti.

Andai anda seorang usahawan, set target berapa jualan yang anda nak capai hari ini dan berapa keuntungan yang anda nak dapat hasil dari bisnes anda. Set juga apa yang anda nak pelajari hari ni dalam bidang bisnes anda.

Andai anda seorang pekerja, set berapa tugas yang anda nak siapkan dan set limit masa untuk anda menyiapkan segalanya. Kecekapan seorang pekerja di nilai dari kepantasan, ketepatan dan kekemasan.

6. Lihat Warna Cerah
Warna boleh mempengaruhi mood. Warna cerah membuat kita jadi energetik, ceria dan penuh dengan idea.

Setiap hari, lihat warna-warna yang cerah seperti kuning, merah, biru dan hijau. Cara ni saya dah test sendiri, berkesan sungguh!

Dekatkan diri dengan benda-benda berwarna cerah sebab ia mampu merubah mood anda menjadi positif.

7. Penuhkan Hati Dengan Kemaafan
Lepaskan segala yang dulu-dulu. Maafkan orang diwaktu pagi, maafkan kesalahan semuanya dari dulu sampai sekarang.

Lepaskan dendam, rasa tak puas hati, geram, sakit hati dan yang sewaktu dengannya.

Andai emosi-emosi negatif ni bersarang di hati (walaupun sedikit) ia menghalang motivasi. Kesannya, anda jadi orang yang tak bersemangat langsung.

Lebih teruk, anda jadi orang yang berfikiran negatif, hanya nampak yang negatif dalam diri setiap orang, setiap situasi dan setiap benda.

Anda mesti berubah untuk kemajuan diri.

Berani Berubah Untuk Kecemerlangan Hidup.

Oleh : Shukri Abdullah

Monday

CABARAN PENGURUSAN JENAZAH IMAM MUDA



PENGALAMAN mereka ibarat baru setahun jagung, namun ujian yang terpaksa dipikul 10 peserta Imam Muda cukup berat. Hanya mereka yang 'terpilih' mampu memikul tanggungjawab menguruskan jenazah yang sudah tidak sempurna.

Kerjasama yang diberikan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) dan Jabatan Forensik, Hospital Kuala Lumpur mendapatkan dua jenazah yang tidak dituntut waris diuruskan oleh peserta Imam Muda sepenuhnya.

Melalui rekod Jabatan Forensik, dua jenazah beragama Islam yang tidak dituntut waris itu dijangka sudah meninggal lebih sebulan lalu. Salah seorang adalah penghidap HIV dan seorang lagi pesakit diabetes.

Mungkin semua sudah boleh membayangkan keadaan fizikal dan bau jenazah yang tidak menyenangkan itu lebih-lebih lagi bagi 10 Imam Muda yang kali pertama berhadapan dengan situasi ini.

Inilah cabaran dan ujian pertama 10 Imam Muda yang bakal disiarkan menerusi saluran Astro Oasis (106) mulai jam 9 malam sebelum menantikan pelbagai lagi cabaran menanti mereka selepas ini.

Pengurus Saluran Astro Oasis, Izelan Basar berkata, ujian yang diberikan 10 Imam Muda itu adalah proses pembelajaran sebenar yang harus mereka tempuhi sebelum bergelar imam.
“Pembelajaran yang dilalui di dalam program ini berdasarkan skop sebenar yang diberikan oleh Jawi. Di dalam episod pengurusan jenazah, mereka akan melalui semua proses bermula mengenal pasti jenazah sehinggalah pengebumian.

“Genre Imam Muda yang akan dilalui mereka ini meliputi perjalanan kitaran hidup manusia daripada kelahiran sehinggalah kematian. Selepas ini mereka akan berhadapan dengan pelbagai lagi cabaran sebagai persiapan diri untuk bergelar imam,” katanya yang ditemui di Tanah Perkuburan Islam Jalan Karak, Taman Batu Muda, baru-baru ini.

Penilai ujian pengurusan jenazah, Penolong Pegawai Unit Falaq, Jawi, Mohd Marngi Wasin, berkata pendedahan proses pengurusan jenazah kepada kesemua Imam Muda bertujuan memberitahu kepada masyarakat berkaitan pengurusan jenazah bukanlah perkara yang sukar.

“Pendedahan itu bukanlah untuk menakutkan semua orang yang selama ini banyak mengetahui perkara buruk selepas menguruskan jenazah sehingga orang takut untuk melakukan sendiri.

“Pengurusan jenazah sebenarnya lebih baik dilakukan sendiri oleh keluarga si mati dan bukan orang lain. Sebab itu kita cuba meyakinkan semua orang bahawa ia tidak susah, malah memberi keinsafan kepada kita semua.

“Mereka dinilai berdasarkan ilmu pengetahuan sama ada melalui kelas dalam program ini atau yang sememangnya sudah diketahui mereka seperti keberanian, keselesaan, cetusan idea, adab, tidak mengikut orang lain dan kerjasama berkumpulan,” katanya yang berpuas hati menilai kesemua Imam Muda dengan sempurna.

Tanpa bantuan dan sokongan pelbagai pihak, Imam Muda sukar untuk diteruskan lebih lagi sebagai pencetus program memecah tradisi.

Penerbit Eksekutif Imam Muda, Nizam Hamid, berkata pihaknya mendapat kerjasama sepenuhnya daripada Jawi sejak awal bagi merealisasikan program pertama di dunia ini.

“Ini juga adalah program realiti pertama yang menggunakan jenazah sebenar dan kami mendapat bantuan Jabatan Forensik, HKL yang juga diuruskan oleh Jawi.

“Sebelum 10 Imam Muda ini melakukan praktikal, mereka terlebih dulu diberikan teori berkaitan pengurusan jenazah. Kemudian mereka dibawa ke Jabatan Forensik HKL untuk mengenal pasti jenazah.

“Sepuluh Imam Muda ini diberikan kepada dua kumpulan A dan B untuk menguruskan dua jenazah. Sebaik jenazah sampai ke tanah perkuburan, mereka sendiri akan mengangkat daripada kenderaan yang membawa jenazah untuk dimandikan.

“Memandangkan jenazah yang diuruskan mereka ini tidak sempurna, jadi mereka dibekalkan dengan pakaian khas bagi mengelakkan perkara buruk. Ternyata kesemuanya begitu kuat melawan cabaran itu, malah melakukannya dengan bersahaja tanpa tekanan.

“Selain mendapat bantuan Jawi dan Jabatan Forensik HKL, semua tenaga kerja Imam Muda begitu komited melaksanakan tanggungjawab merealisasikan sebaik mungkin. Saya juga dibantu dua penerbit berpengalaman menerbitkan pelbagai program realiti di Astro seperti Raja Idham Raja Mohamad dan Muhamad Adlan Shahril,” katanya yang berterima kasih kepada Pegawai Perhubungan Awam Jawi, Tuan Asmawi Tuan Omar yang juga penasihat Imam Muda kerana menyelesaikan segala keperluan yang berkaitan.


Sumber : BERITA HARIAN

Wednesday

Kualiti-Kualiti & Jati Diri Pelajar Cemerlang


Pelajar Cemerlang

Pelajar yang cemerlang bukan sahaja handal dalam akademik tetapi juga hebat akhlak serta kelakuannya. Mencapai keputusan cemerlang dalam akademik tanpa jati diri atau keperibadian cemerlang, belum cukup untuk membolehkan seseorang pelajar itu dianggap sebagai cemerlang. Kedua-dua kualiti utama tersebut mesti ada pada pelajar cemerlang.
Kualiti-kualiti pelajar cemerlang yang dimaksudkan adalah seperti berikut:


Amanah
Pelajar yang cemerlang boleh dipercayai, jujur dan ikhlas dalam segala tindakannya. Ia sentiasa bercakap benar, tidak bohong, tidak menipu, tidak mencuri atau tidak mengambil hak orang lain. Ia sedar bahawa segala perbuatannya adalah diperhatikan oleh Allah S.W.T..

Bijak
Pelajar yang cemerlang bijak mengurus diri, menggunakan masa, serta sumber-sumber di sekelilingnya. Ia menggunakan masa hidupnya dengan sebaik-baiknya; melakukan hanya yang baik dan menjauhi perkara-perkara yang ditegah. Pelajar yang cemerlang juga sentiasa berusaha memperbaiki dirinya. Ia cenderung melakukan serta mempelajari perkara-perkara yang mendatangkan faedah.
Cergas
Pelajar yang cemerlang sentiasa menjaga kesihatan fizikal, minda dan emosi diri. Ianya juga menjaga pemakanan serta membuat latihan jasmani. Kebijaksanaannya dalam mengurus diri serta kecenderungan melakukan hanya aktiviti-aktiviti yang berfaedah membuatkan dirinya lebih berdisiplin, sihat, dan cergas. Ini juga menyebabkannya lebih tangkas dan aktif dalam aktiviti-aktiviti yang diceburinya.

Dedikasi
Pelajar yang cemerlang amat rajin, bersemangat tinggi serta komited dalam melaksanakan segala tugas dan tanggungjawabnya. Apa juga tugasannya, akan dilakukan dengan sepenuh hati. Pelajar yang cemerlang akan melakukan dengan penuh tanggungjawab dan iltizam apa juga perkara yang harus dilaksanakan ke arah dan untuk mencapai hasil yang terbaik.

Elok
Pelajar yang cemerlang baik dari segi penampilan diri, tuturkata dan perbuatan. Ia mempunyai perwatakan yang ceria, yakin dan senang didampingi. Ianya juga menjauhi diri daripada perbuatan maksiat. Ianya sedar bahawa mereka yang bergelumang dengan maksiat mempunyai jiwa yang resah. Hidup juga tidak diberkati Tuhan.

Pelajar yang cemerlang menjadi contoh kepada pelajar yang lain, baik dari segi gerak-gerinya, fikiran dan percakapannya serta tindakan-tindakannya. Keelokan peribadinya disanjung baik oleh orang lain termasuk guru-guru, ibu-bapa serta keluarganya.

Faham
Pelajar yang cemerlang lebih banyak mendengar daripada bercakap. Sikapnya yang demikian, menyebabkan ia lebih banyak berfikir, menganalisa dan mengetahui sesuatu isu sebelum ianya memberi maklumbalas. Ingatannya juga kuat kerana ia mempunyai kualiti yang ingin benar-benar memahami apa yang didengar, dibaca, dilihat atau yang dipelajarinya.

Gigih
Pelajar yang cemerlang sentiasa melakukan kerjanya dengan penuh minat dan tekun. Ia seronok belajar setiap mata pelajaran. Ianya juga pandai dan mudah menyesuaikan diri dengan semua guru yang mengajarnya.

Hasrat
Pelajar yang cemerlang sentiasa menyimpan pada hati kecilnya suatu hasrat untuk menjadi manusia yang sangat berguna dan berjaya. Hasratnya untuk mencapai cita-cita atau impiannya memberikan suntikan motivasi kepadanya untuk berusaha bersungguh-sungguh mencapai kejayaan dalam kehidupannya.

Iman
Pelajar yang cemerlang sentiasa taat kepada perintah Allah S.W.T. dan berusaha mencapai kejayaan selaras dengan tuntutan agama iaitu mengamalkan apa yang disuruh dan menjauhkan apa sahaja yang dilarang. Ianya juga mentaati ibubapa, pemimpin-pemimpin, guru-guru, undang-undang negara serta segala peraturan dan amalan yang harus diikuti.

Sekian. Semoga ciri-ciri tersebut sudah atau akan tertanam dengan kukuhnya pada diri anda demi kejayaan anda di dunia dan di akhirat. Insya-Allah.

Oleh Taidin Suhaimin .

Friday

SLIDE SMKSG




SMKSG Sekolah Menengah Simpang Gelami..admin team smksg
emailk kan..cadangan dan pandangan anda smksgn9@gmail.com

Wednesday

SMKSG


Sejarah Ringkas


SMK Simpang Gelami siap dibina pada tahun 1983 dan mula beroperasi pada 13 Januari 1984. Pada awalnya, SMKSG mempunyai dua buah bangunan 3 tingkat dan sebuah bangunan setingkat.


Bermula tahun 2002, beberapa bangunan lagi dibina iaitu sebuah makmal komputer dan dua blok asrama,surau dan dewan makan.


Pada awal penubuhannya, sekolah ini dikenali dengan nama Sekolah Rendah Kebangsaan Simpang Gelami. ( SRKSG ) dan hanya menawarkan tempat belajar untuk kelas Peralihan hingga Tingkatan 3 sahaja.


Bermula tahun 1995, SMRKSG mula menerima kemasukan pelajar Tingkatan 4 dan Tingkatan 5 dan nama sekolah telah ditukar kepada Sekolah Menengah Simpang Gelami (SMSG).


Seterusnya pada pada tahun 2002, nama sekolah ini ditukarkan pula kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Simpang Gelami (SMKSG)


Tn. Hj. Abdullah Bin Saffar adalah pengetua pertama sekolah ini. Sehingga kini, SMKSG dipimpin oleh seramai 8 orang pengetua. Pengetua SMK Simpang Gelami pada masa sekarang ialah Tuan Haji Rosdin Bin Kasim.


Falsafah sekolah


Bahawa setiap pelajar di sekolah ini mempunyai keupayaan dan potensi diri dari segi intelek dan akhlaknya.Dengan itu seluas-luas peluang diberikan kepada mereka mencapai kecemerlangan akademik serta membentuk akhlak mulia agar menjadi warganegara berkualiti dan seterusnya memberikan sumbangan kepada masyarakat dan Negara.

Kami yakin

Disiplin yang tingg menjamin kejayaan,

Setiap manusia boleh dibimbing dan diajar,

harmoni dan integrasi kaum landasan kesejahteraan.


VISI

SMKSG Menjadi Sekolah Cemerlang

Menjelang Tahun 2010



MISI


Kami warga SMKSG akan memastikan

kurikulum dan kokurikulum cemerlang,

sahsiah dan disiplin terpuji

di dalam persekitaran yang kondusif

berteraskan pengurusan dan pentadbiran yang telus

berpandukan hubungan komuniti yang erat.


LAGU SEKOLAH


Riang Bersama Menuju

Ke Suatu Destinasi

Pelbagai Bangsa Setia Berbakti

Keranamu SMK Simpang Gelami


Berjayalah Anak Negeri

Bersama Menggapai Cita-cita

Budaya dan Budi Etika Bersama


Belajar Berusaha dan Berjaya

Kata Keramat Kami Semua

Belajar Berusaha dan Berjaya


Lagu : Md Taha Amri

Lirik : Norzaman



Senarai Guru SMKSG

BIL NAMA GURU JAWATAN

1 HJ ROSDIN KASIM PENGETUA

2 SALMAH JAAPAR GPK PENT. & KURIKULUM

3 MAHAT BUJANG GPK HEM

4 SHERIZA NUR KAMARUDIN GPK KOKURIKULUM

5 CHE MOHD REDZA JONED KB KEMANUSIAAN

6 MOHD ZIN BORHAN KB BAHASA

7 NUR IMANI OMAR KB SAINS & MATEMATIK

8 AZRIAH MOHD AZMIR KAUNSELOR

9 AZIZAH JOHAN GURU CEMERLANG

10 FAIEZAH MOKHTAR GURU DATA / ICT

11 AZHAR HJ AYOB GURU DISIPLIN

12 SHAHRUDIN MAT SAH KP KEMAHIRAN HIDUP

13 CHIN KOK VOON S/U HARTA BENDA SEKOLAH

14 ANUAR HJ OMAR KP ICT

15 JAFRIDIN ABD RAHMAN S/U PEPERIKSAAN (SPM)

16 LATIFAH MOHD SHARIF KP BAHASA MELAYU

17 LIEW YAK PING S/U HEM

18 LOW SUR KUN S/U SPBT

19 MOHD ILIAS SAAD S/U MAJLIS SUKAN SEKOLAH

20 MOHD ZULKHAIRI MAT HASSAN KP PENDIDIKAN ISLAM

21 NG SUAT CHENG GURU PERPUSTAKAAN DAN MEDIA

22 SHAHRIZAL BIN HUSSIN S/U SUKAN

23 MAIZURAH AB. MANAF S/U KOPERASI SEKOLAH

24 NOR HISAM ABD MAJID S/U PENGHAYATAN ISLAM

25 NORMI ADAM S/U PEPERIKSAAN (PMR)

26 SERI MAHANI MOHD HAMIM KP SAINS

27 SIOW YOOK FONG S/U PERPUSTAKAAN & NILAM

28 ROZITA MOHD ALI S/U JK KESIHATAN

39 SITI ZURAIDAH BASUNAN S/U BILIK GERAKAN

30 SUNIZAH ALI S/U MESYUARAT GURU

31 ZOLKEPLE ABD GHANI S/U KECERIAAN & KEBERSIHAN




Staf Sokongan


MOHD HAZRUL HALIM PEMBANTU TADBIR

QAMARUZAMAN SALIM PENYELIA ASRAMA

NORASHIAH HARUN PENYELIA ASRAMA

RAHAMAT KAMARUDIN PEM. MAKMAL C17

MAZITA MAMAT PEM. MAKMAL C17

MANSOR OTHMAN PEM.AM RENDAH N1

NURUL AFZAN MAAROF PEM.AM RENDAH N1